Terbaca artikel online dalam akhbar Harian Metro baru-baru ni. Memang menakutkan memikirkan betapa hebatnya ujian membesarkan anak-anak era ini. Hati terpukul dengan pelbagai mehnah yang melanda masyarakan muslim kita yang kian meruncing. Bimbangnya nak melepaskan anak di medan sana hanya Allah yang tahu. Tanggungjawab memelihara masyarakat ini adalah fardhu kifayah. Kita semua bertanggungjawab menggalasnya! Ianya terpikul di bahu kita semua dan seharusnya bermula daripada institusi kecil di rumah.
KUALA TERENGGANU: Menggerunkan apabila seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.
Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan 'produk' yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.
Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai 'musim mengawan' pasangan muda-mudi yang berpesta seks tanpa ikatan sah pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru. Lagi>>>
Anak tak sah taraf dalam istilah bahasa Arab disebut 'walad al-zina' yang bermaksud anak zina atau anak luar nikah. Berdasarkan perbincangan para fuqaha tentang nasab seseorang anak, secara umumnya dapatlah dirumuskan bahawa anak zina adalah merujuk kepada anak yang dilahirkan hasil perzinaan dan bukan dari perkahwinan yang sah atau pun persetubuhan syubhah.
Menurut Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor, istilah anak tak sah taraf adalah satu istilah yang digunakan bagi anak yang tidak mempunyai nasab atau hubungan darah yang sah dan sama, peruntukan undang-undang menyatakan: 'tak sah taraf berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah'
Menjaga anak-anak era ini sungguh mencabar kredibiliti kita sebagai ibu bapa. Informasi yang tak terkawal, teknologi yang tak terbatas dan komunikasi yang sukar dikawal samada di luar rumah hatta dalam rumah sendiri menyumbang kepada pelbagai gejala positif dan negatif yang impaknya lebih hebat dari ledakan nuklear.
Perkembangan generasi kontemporari ini perlu dipantau dan dikawal sebaiknya oleh ibu bapa bagi memastikan kita benar-benar tahu apa yang telah, sedang dan akan dilakukan anak-anak, dimana mereka, siapa teman mereka bergaul, apa 'interest dan kecenderungan anak-anak.
Sukarnya mendidik anak kini memang tidak dinafikan. Pendidikan yang tepat, ruh yang teguh dan rohani yang kuat amat penting bagi memastikan jundi-jundi kesayangan kita terus mampu meredah arus perdana yang maha mencabar. Ya Rabb... berilah kekuatan kepada kami dan lindungilah zuriat yang telah Kau amanahkan kepada kami.
Salam,
Beberapa minggu yang lepas, Ahnaf, my sweet little boy terluka di ibu jari kaki terlanggar batu kat rumah tok abahnya. Memang lasak sangat-sangat both my boys. Menangis tu memang confirm! Apatah lagi berdarah depan mata. Macam biasa dia minta tampal plaster. Sambil tiup-tiup, bersihkan luka, sapu ubat dan tampal plaster monkey, senyap. Biasanya macam tu lah. Kemudian sambung main semula.
Cerita pasal luka kita semua pastinya pernah dilukai, terluka dan melukakan. Akarnya sama sahaja tetapi definisinya jauh berbeza. Sakit! Macam kata Ahnaf. Pastinya kita merasa sakit apabila terluka. Samada luka di luar, di dalam, yang nampak ataupun tidak semuanya sakit banget! Sakit kan bila diri terluka dan dilukai. Jadi bagaimana pula rasanya bila melukakan? Bersalah? Gembira? Suka? Takut? atau Puas?
Yang pastinya apabila dilukai, terluka atau melukakan pasti akan ada insan yang berasa sakit. Bagaimana caranya meminimumkan rasa sakit yang bakal dan akan kita hadapi? Juga bagaimana meminimumkan rasa sakit orang lain akibat daripada perbuatan melukakan? Salah satu caranya adalah berhati-hati. Berhati-hati dalam setiap perbuatan yang kita lakukan. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setia hati yang pengasih mendapat pahala, ubat hati yang terluka ialah iman yang kuat."
Tiada makhluk yang suka disakiti.
Salam,
Lama sungguh diri ini menyepi dari arena penulisan. Kesibukan dunia menghalang diri dari menitipkan bicara di ruangan ini. Ruangan ini sebetulnya satu masa dulu banyak memberi ruang kepada diri melontarkan kata bicara yang terbuku dihati. Di ruang ini jugalah banyak nostalgia pahit manis bergelar insan, hamba di tanah milik Allah ini dilakarkan.
Alhamdulillah masih diberikan kesempatan oleh Allah dengan kemampuan seadanya untuk berada di sini. Walau kadang terasa telah tiada daya meneruskan perjuangan yang amat getir di muka bumi Nya ini. Terkadang meneropong dalam diri sendiri.. getirkah segala yang aku perjuangkan selama ini? Benarkah perih jerih yang aku lalui ini adalah perjuangan keranaNya? Hampa, jawapannya selalu hampa.
Walau di mana kaki ini berpijak, kekadang kita terasa seperti telah alah, biasa. Kekadang terasa diri ini seperti begitu asing. Siapa diri ini sebenarnya? Walau siapa pun kita, di mana jua kita berada dan apapun jua yang kita lakukan akhirnya kita dengan rela atau terpaksa tetap akan kembali kepada Nya, Rabb yang sesungguhnya maha pengasih, maha agung, maha bijaksana, yang sangat maha luas rahmatNya. Lantas diri kekadang bertanya kenapa kita sering ingin kembali kepadaNya, ingin berada di sisi Nya hanya di saat-saat akhir? Hanya di saat-saat susah? Hanya di saat bilamana telah hampa kita tidak ketemu apa yang dicari?
Benarlah hidup ini satu pelarian. Pelarian ini bagai tiada akhirnya. Perlukah kita memijak dan dipijak dalam pelarian ini. Banyak sungguh persoalan dalam diri dan akhirnya kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah, kembali kepada Allah itulah sebaik-baik jawapan.
Selamat Kembali!



