|
Salam, Beberapa minggu yang lepas, Ahnaf, my sweet little boy terluka di ibu jari kaki terlanggar batu kat rumah tok abahnya. Memang lasak sangat-sangat both my boys. Menangis tu memang confirm! Apatah lagi berdarah depan mata. Macam biasa dia minta tampal plaster. Sambil tiup-tiup, bersihkan luka, sapu ubat dan tampal plaster monkey, senyap. Biasanya macam tu lah. Kemudian sambung main semula. Cerita pasal luka kita semua pastinya pernah dilukai, terluka dan melukakan. Akarnya sama sahaja tetapi definisinya jauh berbeza. Sakit! Macam kata Ahnaf. Pastinya kita merasa sakit apabila terluka. Samada luka di luar, di dalam, yang nampak ataupun tidak semuanya sakit banget! Sakit kan bila diri terluka dan dilukai. Jadi bagaimana pula rasanya bila melukakan? Bersalah? Gembira? Suka? Takut? atau Puas? Yang pastinya apabila dilukai, terluka atau melukakan pasti akan ada insan yang berasa sakit. Bagaimana caranya meminimumkan rasa sakit yang bakal dan akan kita hadapi? Juga bagaimana meminimumkan rasa sakit orang lain akibat daripada perbuatan melukakan? Salah satu caranya adalah berhati-hati. Berhati-hati dalam setiap perbuatan yang kita lakukan. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Setia hati yang pengasih mendapat pahala, ubat hati yang terluka ialah iman yang kuat." Tiada makhluk yang suka disakiti.
|
| zalina November 11, 2009 01:50 PM PST Jangan sekali-kali putus ada. Perasaan hanyalah mainan kehidupan dan janganlah sampai kita dipermain-mainkan oleh perasaan sendiri. | ||
| SARA August 31, 2009 06:26 AM PDT sya seorang isteri yang menyintai lelaki lain ...sya tahu sya berdosa sya luka dan putus asa dgn hidup sya | ||
| Leave a Comment: |